Sunday, May 30, 2010

Ice Cream Buatan Sendiri

Pasti korang terkejutkan..cuti 3 hari nie aku manfaatkan masa dengan mencuba segala resipi. Buat arni mesti arni igt kak kam dah beli ice cream maker kan...Sejujur dan seikhlasnya kak kam hanya menggunakan blender ajer...Resepi ice cream nie pun teramatlah senang dan terima kasih pd...opps terlupa pulak nama blog penulis resipi ice cream tu...jumpa resipi tu time kt office..alamak terkantoi la pulak...tak pe refresher kejap bole kan...Buat penulis ice cream tu terima kasih sekali lagi.

Coklat ice cream:
250gm coffeemate
250ml susu berperisa coklat

Cara2:
campur kedua-dua bahan tersebut ke dlm blender sehingga sebati. masukkan ke dlm bekas dan letak dlm peti ais bahagian beku ye.

before ice cream tu hampir2 keras, kita blend sekali lagi untuk lebih smooth apabila siap ice cream kita nnt. Setelah itu masukkan kembali kedlm bekas then biarkan ia semalam atau bg yg dah tak sabar tu bole la tunggu sampai ice cream tu cukup2 keras.

ice cream nie cepat cair. Kalau tak de alat penimbang. Bole jugak guna cawan atau mug. kalau satu cawan susu, coffemate pun mesti satu cawan. Senang kan.. selamat mencuba..

Ice cream Strawberry Flavour:
250gm coffemate
250ml susu
1camca besar emulco perisa strawberry

cara2 sama jugak seperti diatas. Dan inilah dia strawberry ice cream yg telah aku buat. Bila mkn ice cream nie tetiba pulak anak aku si syauqi tu cakap...umi buat la pulak kek ice cream. Hmmm...bagus jugak idea anak aku nie...Masuk dlm wish list aku nnt.

Cuti Wesak Buat Apa?

Dah lama x update blog nie..bukannye apa busy...ntah la tak tau la apa yg busy sgt tu..Mungkin tangan nie tak reti nak menaip hhehhehe....sebenarnye tuan empunya jari-jemari nie yang malas nak menaip. Cuti wesak nie..aku dah plan nak cuba buat roti hasil dari air tangan sendiri...Selama ini aku mencari resepi-resepi yang berkaitan dengan roti. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada tuan empunya blog (http://resipicitarasawan.blogspot.com) kerana berkongsi resipi roti..

Aku menggunakan kaedah water roux dan resipi asas membuat bun seperti di dlm blog tersebut dan hasilnya memang gebu tanpa menggunakan bread improver. Cuba lah lihat hasilnnya di sini...tapi dari segi presentation tak cantik lagi la..al maklumlah budak baru belajar. Mempersembahkan ini lah dia hasil pertama dari umi syauqi, ainaa dan farhan.


cuba nak buat macam bunga tapi biasa tangan keras lagi.



second time buat.



yang nie pulak bun biasa aje tapi kat sekeliling tepi tu letak kastard. sepatutnyer letak kat outline roti tu je tapi dah terlebih buat bancuhan kastard segera tu aku pun belasah ajer la...tak perlu membazir..lagi pun masuk perut gak.. sepatutnyer aku buat bun nie igt nak bawak ke office bg kengkawan rasa...tapi nampak gayanyer berputih mata la diorang semua sbb anak-anak aku habis melantak semua roti yang aku buat...