Saturday, March 27, 2010

Pernikahan Dihujung Jari

Perubahan teknologi kini membolehkan pasangan yang tinggal berjauhan beribu-ribu batu dapat jua melangsungkan pernikahan dengan hanya menggunakan jalur lebar. Sila lihat berita yang dipetik melalui harian metro.


LAMBOR: Pasangan pengantin baru Mohd Zahid Abu Bakar, 29 yang berada di Universiti Al-Azhar, Mesir dan pasangannya Yasidah Abu Bakar, 27, di sini, mencatat sejarah unik apabila melangsungkan perkahwinan sidang video dengan mewakilkan abang pengantin lelaki, Mohd Nikman, 33, untuk akad nikah. ..Baca lagi.....

Bahagia, Gembira & Damai





Hari ini aku ingin mengemas segala koleksi majalah-majalah yang kubeli selama ini. Biasa la sambil mengemas sambil membelek-belek isi kandungan majalah dan aku tertarik pada satu tajuk seperti tajuk post aku kali ini. Dalam majalah tersebut iaitu Nur (Mei 2009) terdapat 40 tips..tapi aku sempat menulis balik 10 tips dari sudut kesihatan agar kita semua bahagia, gembira dan damai selalu. AKu akan update another 30 tips..so tunggu ye...aku persembahkan sepuluh dulu..kalau terus tulis banyak2 nnt you all tak masuk blog aku lagi...hehehehe..gurau ajer ye..





Sila la membaca ye..










































1
Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
2
Bersarapan bagai seorang raja, makan tengahari seperti putera dan makan malam umpama seorang pengemis. Maksudnya , utamakan sarapan, bersederhana ketika makan tengahari dan makan sedikit ketika makan malam
3
Lebihkan makanan daripada tumbuh-tumbuhan dan kurangkan ambil makanan yang diproses
4
Hidup dengan prinsip 3E : energy, enthusiasm & empathy
5
Peruntukan masa untuk bersolat
6
Lebihkan permainan yang membina minda
7
Banyak membaca buku (lebih banyak berbanding tahun lalu)
8
Duduk diam dan bertenang sekurang-kurangnya 10 minit sehari
9
Tidur selama tujuh jam
10
Amibil masa 10-30 minit untuk berjalan setiap hari. Pastikan anda tersenyum ketika berjalan.

Thursday, March 25, 2010

Perempuan Tidak Tahu Memasak disuruh belajar memasak….

Wanita yang tidak tahu memasak disuruh belajar memasak…bukan setakat tahu memasak…kalau boleh ….handal memasak. Kalau dah terror memasak fuhhh..kena handal memasak utk kumpulan yang ramai pulak ( hehehehh..entah la bole atau tidak aku nie….apa2 aje la…). Ramai lelaki ( saya tak cakap semua ye..) berkehendakkan seorang isteri yang pandai memasak supaya dapat memenuhi selera…tp para suami or bakal suami pulak.…adakah mereka pernah bertanya kepada diri sendiri bahawa beliau mampu menjadi imam sekurang-kurang2nya imam kepada keluarga sendiri? Fikir-fikirkanlah….

Wednesday, March 24, 2010

Kebaikan Sauna

  • Dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan melalui peluh yang keluar ketika bersauna. Kesannya dapat kulit akan menjadi lebih segar dan bersih
  • Meningkat kadar metabolisme tubuh sehingga 20%, maka tubuh kita dapat membakar kalori dengan lebih banyak dan mampu bertahan selama 3 jam. Bayangkan berapa banyak kalori yang terbakar dalam satu sesi sauna (~600 kalori per sauna)
  • Dapat menyembuhkan penyakit kulit seperti jerawat
  • Dapat menyahtoksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti
  • Dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan system imunisasi tubuh badan kita


Tips Mengurangkan Berat Badan Melalui Sauna

  • Lakukan mandian sauna selama 20 minit, rehat selama 15 minit dan sambung lagi untuk selama 10-15 minit
  • Amalkan selang sehari untuk tempoh 2 minggu dan lihatlah hasilnya….


Saturday, March 20, 2010

1 Jam i-City Tour

Semalam..selepas menikmati makan malam....saya telah membawa anak2 ku yang disayangi ke i-City... Ni first time pergi nie so tak tau la rupanyer mcm mana...Disbbkan hari tu mlm minggu punyer la ramai pengunjung...so setelah mencari parking yg sesuai..igtkan parking yg disediakan telah penuh ..maka sang suami pun parking jer kt tepi jln...maka dgn perut yg masih kekenyangan (betul ke ejaannye tu..bantai ajer la) kami sekeluarga pun memulakan pendakian di malam hari ikut segerombolan pengunjung jugak la...panjat bukit...dlm hati berkata2 jugak takkan tak de short cut...tp disbbkan tiada petunjuk arah kami pun ikut aje la...sbb ramai yg ikut jalan tersbt....ada la pendakian hampir 5 minit kami pun sampai ditempat yg dituju..tatkala kaki kami dah jejak ditempat yg dituju...wah!!cantik giler....dikelilingi lampu yg berwarna-warni. Ada pulak lampu tanglung berwarna merah digantung di antara 2 buah bangunan...



Itu baru kt situ ajer dah teruja....kami teruskan perjalanan...nampak dari jauh seperti butiran salji yang turun..very interesting...a lots of color...ada kat satu bhgn lampu yg dibentuk menjadi angsa...ada yg dibentuk menjadi rama-rama...burung merak...rusa dan berbagai2 bentuk...

Ada jugak orang yang berjual-jual kat situ..contohnyer..kuda yg dihiasi dgn lampu dll...ada jugak yg jual oblong....air....nugget dan yg sewaktu dgnnyer la...sedar tak sedar hampir 1 jam kat sana...kami pun mencari jalan pulang...rupa2nyer ada lift...yg membolehkan pengunjung naik dan turun tanpa bersusah2 mcm kami dan jugak segerombolan pengunjung yg lain...apa2 pun kami heppppiiiii.....

Sunday, March 14, 2010

Cinta, Kebahagiaan & Keseronokan Takkan Berkekalan

Cinta harus diperbaharui setiap hari & masa agar ia berkekalan...dan berusahalah untuk mencari cinta dan kebahagiaan....bukan hanya dengan mencari kesalahan pasangan anda....